Pesawat Baru Najib Untuk Bantu Mangsa Banjir


Hari ini rakyat dikejutkan dengan berita pembelian pesawat baharu kerajaan untuk kegunaan Perdana Menteri. Rata-rata memberikan maklumbalas negatif kerana pentadbiran Najib Razak sepatutnya lebih sensitif di kala rakyat berdepan perlaksanaan GST pada 1 April nanti.

Rujuk berita: http://buzzharian.blogspot.com/2015/03/kerajaan-beli-pesawat-vvip-baharu.html






Walau bagaimanapun, rakyat sepatutnya mengetahui faktor utama pembelian pesawat ini bukanlah untuk pengangkutan VVIP seperti yang dihebahkan.

Menurut sumber dari Jabatan Perdana Menteri (JPM), pesawat Airbus ACJ320 itu berupaya menjadi pesawat penyelamat dalam misi mencari dan menyelamat (Search & Rescue) seperti semasa tragedi banjir.

Ini kerana pesawat ini mampu terbang rendah selain keupayaan terapung di atas air yang akan dapat digunakan dalam operasi menyelamat sekiranya diperlukan. Selain itu, pesawat turut dilengkapi kemudahan merawat luka ringan yang sangat berguna dalam menghadapi krisis dan bencana.

Pihak 1MDB juga akan menggunakan pesawat ini untuk penerbangan sewa khas (charter flight) dalam usaha syarikat itu untuk menambahkan perolehan syarikat seterusnya membiayai pinjaman dan hutang selain mengurangkan hutang korporatnya.

Selain daripada itu, pesawat ACJ320 ini akan dikerahkan ke Selatan Lautan Hindi dalam usaha mencari pesawat MH370 yang hilang.

Related

Nasional 8111614481487236578

Post a Comment

emo-but-icon

Trending

Terbaru

Komen

item