Najib Bakal Lancar Kapchai Nasional

Berikutan populariti kapchai sebagai kenderaan golongan berpendapatan rendah, kerajaan akan mengumumkan pelancaran kapchai nasional dalam masa terdekat.



Kapchai nasional tersebut bakal dilengkapi teknologi terkini, seperti teknologi kecekapan tenaga (energy efficient) dan sebagai EEVise (energy efficient vehicle in small engine). Selain itu, kapchai nasional ini akan dijual pada harga yang mampu milik dan lebih murah berbanding motosikal lain yang ada di pasaran.

Perkara ini diumumkan Perdana Menteri pada satu majlis berasingan yang berlangsung sempena Persidangan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi tadi.

Dalam ucapannya, Najib memuji dan berterima kasih kepada golongan berpendapatan rendah yang berpanas berhujan menunggang motosikal sambil berseloroh: "Mungkin kita boleh juga hasilkan kapchai berbumbung nanti."

Dalam pada itu, teknologi EEVise pada kapchai nasional nanti akan dapat menjimatkan penggunaan petrol sebanyak 50% di mana setangki penuh 7.5 liter mampu memberikan perjalanan sejauh 500 km. Ini merupakan salah satu usaha pihak kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah dalam menghadapi penghapusan subsidi petrol.


Related

Nasional 5860804112110946119

Post a Comment

emo-but-icon

Trending

Terbaru

Komen

item