Penukaran Nama Jalan Dapat Elak Kemalangan

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak berasa risau dengan keputusan untuk menukar nama jalan-jalan utama di bandar raya Kuala Lumpur.

Mengikut jurucakap Dewan Bandaraya, usaha ini dapat mengelakkan kemalangan jalan raya yang sering berlaku di jalan-jalan tersebut.


Encik Pauzihal Maszlan dari Unit Nama Jalan DBKL berkata, penukaran nama jalan kepada nama baru bersempena nama mantan Yang Dipertuan Agong akan dapat mengurangkan kadar kemalangan sebanyak 20%. Ini kerana, orang ramai akan dapat mengaitkan nama jalan tersebut dengan istana dan seterusnya mengurangkan kelajuan.

Mengikut kajian agensi itu lagi, nama jalan yang lebih panjang akan memberi peluang kepada pemandu untuk memperlahankan kelajuan seterusnya mengurangkan risiko kemalangan.

Perkara ini juga telah pun mendapat kebenaran pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan jabatan itu mengingatkan pihak DBKL untuk menggunakan papan tanda jalan yang mengikut saiz dan spesfikasi JPJ.

Dalam pada itu, orang ramai masih lagi sangsi dan kurang senang dengan keputusan ini kerana mereka terpaksa memikirkan singkatan terbaru untuk nama jalan yang panjang.

Namun, ada yang telah mula mengemaskini applikasi GPS mereka dengan nama baru selain memberikan singkatan kepada nama jalan seperti Jalan TAH yang merujuk kepada Jalan Tuanku Abdul Halim (Jalan Duta)

Related

Nasional 8407332309724547450

Post a Comment

emo-but-icon

Trending

Terbaru

Komen

item